Wednesday, January 27, 2010

hadiah mungkin ujian mungkin

Tak sampai 24 jam, aku dapat jawapan. Belum sempat memuktamadkan keputusan yang aku perlu redha tentang teman yg selalu memberi semangat kat aku hilang, dia muncul (Cik Emot). Muncul sebagai jaguh dalam hidup aku. Satu pekara yang sukar juga aku tempuh, berbekalkan 2 hari ini hanya sempat aku sampaikan rasa teima kasih melalui talian telefon sahaja... ini semua telah diprogramkan, dah tertulis segalanya.
Sebenarnya tahun ni selain menjadi artis karikatur aku juga bakal berhadapan dengan satu mimpi iaitu aku cuba jinakkan jari dan minda serta imiginasi tuk terjun dalam bidang penulisan novel, mungkin lebih indah, lebih sopan aku katakan novel grafik. Gabungan barisan-barisan susun atur perkataan dengan visual-visual tinta hitam. Mengambil tunjuk ajar guruku Pak Hassan mutalib, selalulah menulis walau salah dan tidak betul, kerana kesalahan dan tidak betul itu akan di pertonton dan di betulkan secara perlahan-lahan.
harusku simpan tarikh ini 27.01.2010 langkah satu mencari barokah..

No comments:

Post a Comment